Translation Services

PENGUMUMAN

Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh
Para Pengunjungi yang dihormati,

BLOG ini dalam PROSES PEMBINAAN. Ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Harap Maklum.
Terima kasih, Wassalam.

Sekretariat
Maenpo Jubah Putih
KAIFIYAH RIYADHAH

Oleh : Abu Habib al-'Ubudiy

Setiap amalan mempunyai Kaifiyah atau Tatacara pengamalannya yang tersendiri. Pentingnya sebuah aturan sedemikian adalah untuk menghasilkan nilai latihan yang maksima terhadap para pengamal. Kerana itu, segala susuncara ibadah dalam Islam juga mempunyai kaifiyah tersendiri yang sengaja diatur bagi penghasilan identiti ibadah yang optimal kepada para 'abidin (pengamal). Demikian juga dengan Riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia di susun dengan lima (5) tertib asas sebagai langkah pengamalan yang merangkumi Sebelum, Semasa & Selepas latihan sebagaimana berikut:

1) MUQADDIM AL-HIKMAH

Muqaddim al-Hikmah atau Pembukaan Hikmah merupakan proses sufistik pengaktifan Sistem Generator Batiniah atau Lathaif yang terdapat di dalam tubuh halus manusia melalui Kunci Syahadatain.

Terdapat tujuh (7) Sistem Lathaif merangkumi lima (5) pada sandaran Alam Amar iaitu:

  • Lathifat al-Qalb
  • Lathifat ar-Ruh
  • Lathifat as-Sirri
  • Lathifat al-Khafi
  • Lathifat al-Akhfa

Kemudian dua (2) pada sandaran Alam Khalq iaitu:

  • Lathifat an-Nafs Natiqa
  • Lathifat Kull al-Jasad

2) SALAM AL-HIKMAH

Salam Hikmah merupakan penghubung dimensi ghaib yang menjadi rantaian amalan agar segala riyadhah yang dilakukan akan membuahkan kemakbulan dan terlimpahkan keberkatan daripada Allah Ta'ala.

3) KANZ AL-HIKMAH

Pemancaran Kuasa Niat yang menjadi wadah bagi menampung segala manifestasi Ilahiyyah melalui kepasrahan dalam sandaran kehambaan. Posisi ini akan membukakan sebuah tuntunan hakiki dari Maha Kuasa yang akan menghasilkan Energi Transendental yang tiada batas (infinity).

4) RIYADHAH AL-HIKMAH

Setelah melakukan tiga (3) kaifiyah di atas yang merupakan sebuah sikap sebelum latihan, maka barulah ikhwan memulakan riyadhah berpandukan maqamah atau tahap pelatihan masing-masing.

5) MUKHATAM AL-HIKMAH

Setelah Ikhwan tamat melakukan latihan, maka ia akan menutupinya dengan Mukhatam al-Hikmah atau Penutup Hikmah sebagai sebuah proses penyimpanan energi ilmu di dalam Rahsia Batin. Dengan demikian, setiap ilmu itu tidak teraktifkan pada saat atau tempat yang tidak diperlukan sebaliknya hanya bangkit dalam waktu atau situasi yang dibutuhkan sahaja kerana energi ilmu itu telahpun diprogramkan di dalam Chip Rahsia Batin yang bertindak secara intelegensi.

Penutupan dan penyimpanan ilmu adalah proses terpenting kerana tanpa melalui proses berkenaan ia boleh memberikan impak yang tidak diingini sebagaimana berikut :

i. Penyimpangan Energi yang mana ia boleh menyebabkan ia berfungsi bukan pada tempat dan saatnya. Kita mungkin pernah mendengar bahawa orang yang belajar Ilmu Pembisa Tangan sebagai contoh tidak dapat berkebun kerana boleh menyebabkan pohon yang ditanamnya itu mati, tidak dapat menyentuh perut isteri yang mengandung kerana boleh menyebabkan keguguran dan sebagainya. Situasi sedemikian hanya menyulitkan diri sendiri dalam menjalani kehidupan normal.

ii. Kebocoran Energi yang mana energi yang diraih hasil pengolahan riyadhah boleh berkurang malah hilang. Ini berlaku kerana aura energi sentiasa keluar dan teralirkan secara tidak menentu dan tanpa tujuan. Keadaan ini terkadang boleh menyebabkan pengamal kerap mengalami keletihan keterlaluan, mudah marah, sensitif, emosional dan sebagainya. Sifat ini terutamanya sangat berhubung rapat dengan ilmu yang khususnya bersifat kanuragan seperti kekebalan, hulubalang dan sebagainya.

iii. Bebanan Energi yang boleh menyebabkan pengamal mengalami sindrom kundalini. Masyarakat Melayu menyebutnya dengan istilah gila isim atau sebagai salah amal sesuatu ilmu yang menyebabkannya mengalami gangguan jiwa.

iv. Kontradiksi Energi yang lahir dari sifat ilmu yang berbeza dari ciri asy-Syams dan al-Qamar. Konflik berkenaan akan menyebabkan tubuh pengamal menjadi medan pertembungan energi yang tidak teratur yang sebahagian impaknya boleh menyebabkan pengamal mengalami ketidak serasian ilmu seperti kepanasan atau kedinginan yang terlampau dan sebagainya.

v. Pengesanan Energi oleh pihak musuh yang demikian boleh menyebabkan mereka waspada dan menyedari keberadaan atau kehadiran pengamal malah mereka mampu menganalisa kemampuan atau tahap sebenar pemilik ilmu berkenaan sekaligus dapat menewaskannya.

Sesetengah energi ilmu itu sebahagiannya baik dalam perkara tertentu tetapi tidak baik pada sesetengah perkara yang lain. Ini kerana bentuknya hanya berfungsi secara terbatas pada titik tujuan khusus yang menjadi ciri khas pengolahan sesuatu keilmuan tersebut. Oleh yang demikian, ia perlu mengetahui kaifiyah riyadhah bagi mengatur segala sifat ilmu yang dipelajarinya agar mampu diolah dan dikendalikan secara benar dan tepat.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
free counters