Translation Services

PENGUMUMAN

Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh
Para Pengunjungi yang dihormati,

BLOG ini dalam PROSES PEMBINAAN. Ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Harap Maklum.
Terima kasih, Wassalam.

Sekretariat
Maenpo Jubah Putih
KONSEP

Oleh : Abu Habib al-'Ubudiy


Maenpo Jubah Putih memposisikan Konsep Riyadhah (latihan) kepada dua (2) bentuk modul iaitu:

1) Zahir

2) Batin

Konsep ini menempati piawaian al-Quran itu sendiri yang mempunyai manifestasi zahir dan batin. Sisi zahirnya sebagaimana yang kita fahami secara lafaz bacaannya yang tersurat manakala sisi batinnya pula tersirat suatu lautan rahsia yang tidak terbatas yang tak mampu untuk kita selami lantaran infinity Ilahiah technology yang terdapat di dalamnya.


Dalam menempati dua (2) konsep Maenpo Jubah Putih, Elemen ini bersandarkan kepada firman Allah Ta'ala :

Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan ke dalamnya RuhNYA. dan jadilah ia (dengannya) pendengaran, penglihatan serta hati (akal fikiran), amatlah sedikit kamu bersyukur. (QS. As-Sajadah: 9)


Ayat di atas memberikan gambaran Makna Sebuah Kesempurnaan yang mana sisi zahirnya (jasmaniah) hanyalah sebuah wadah untuk menampung kemampuan batin (rohaniah) yang mana ia termasuk di dalam Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) yang sangat luar biasa.


Pemahaman ini memperjelaskan bahawa riyadhah yang diterapkan di dalam Maenpo Jubah Putih merangkumi aspek zahir dan juga batin. Adalah tidak mungkin mencapai matlamat riyadhah hanya dengan sebuah latihan jasmaniah sahaja tanpa adanya "ruh" riyadhah itu sendiri yang termasuk di dalam makna "tiupan" bagi rahsia ketuhanan.


Ayat di atas telah memberikan tuntunan bahawa segala bentuk pendengaran, penglihatan dan deria rasa (hati) hanya bangkit setelah dimasukkan instrumen batinnya iaitu Ruh. Apa itu ruh dalam konteks Human Power?

Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: "Ruh itu dari urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan pengetahuan melainkan sedikit sahaja"

(QS. Al-Isra': 85)


Dalam silibus Maenpo Jubah Putih, posisi ruh atau batinnya ilmu tidak perlu kita perdebatkan atas keterbatasan kita dalam menggalicari falsafah terjemahannya. Namun harus di selami agar kita mencapai ke suatu ruang tanpa batas yang terdapat dalam rahsia ketuhanan yang sekaligus mempertegaskan lagi bahawa elemen batin riyadhah adalah suatu hal yang harus dijalani dan dibuktikan sendiri pernyataannya dalam wadah peribadi. Intipati penerokaan batinnya Jubah Putih bukanlah pada sisi meraih kesaktiannya tetapi pada menggapai keredhaan Allah. Orang yang sakti belum tentu diredhai Allah lantaran mungkin apa yang diperolehinya adalah bersifat istidraj atau perkara luar biasa yang Allah berikan kepada orang-orang yang fasik yang dengan sebab pemberian itu menjadikan mereka bertambah jauh dari Allah. Sebaliknya orang yang diredhai Allah sebagaimana Para Rasul, Nabi, Wali dan hamba-hamba yang soleh yang mana Allah Ta'ala zahirkan pada diri mereka suatu penzahiran dari tanda Kehampiran-NYA berupa Mu'jizat, Karomah dan Ma'unah yang sangat berbeza nilai kehambaannya kepada Khaliq (Maha Pencipta). Tiadalah dengan sebab penzahiran anugerah berkenaan kepada diri mereka melainkan menjadikan mereka bertambah lagi keimanan dan ketaatannya kepada Allah.


Dalam pemahaman Maenpo Jubah Putih, adalah tidak mungkin hikmah dapat di raih tanpa melalui olah batin. Sebagaimana Jasad dan ruh yang tidak dapat dipisahkan yang bila dipisahkan matilah seseorang, demikian pulalah zahir dan batin dalam posisi riyadhah Jubah Putih yang juga tidak mungkin dapat dipisahkan yang jika dipisahkan hilangkan hikmahnya. Ini bukan bererti latihan fizikal semata-mata seolah langsung tidak memberi apa-apa nilai tetapi dalam konteks meraih sumber kekuatan Ilahiah yang tidak terbatas, maka seseorang itu tidak dapat tidak mestilah melalui fasa riyadhahnya dengan penerapan zahir & batin tergantung kepada kemampuan wadah ikhwan itu sendiri.


Menjawab persoalan, apakah mungkin boleh mengambil sisi batinnya sahaja tanpa melalui proses zahiriah? Jawapannya, boleh. Tapi kurang sempurna umpama ruh tanpa jasad. Dimana penzahirannya? Lantaran kerana kita ingin menciptakan sebuah kesempurnaan, wajarlah untuk kita menggembleng kedua-dua posisi berkenaan. Zahir dan batin secara berurutan dan bersama.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
free counters