Translation Services

PENGUMUMAN

Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh
Para Pengunjungi yang dihormati,

BLOG ini dalam PROSES PEMBINAAN. Ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Harap Maklum.
Terima kasih, Wassalam.

Sekretariat
Maenpo Jubah Putih
LOGO


FALSAFAH
Sepintas lalu dari segi estetik, logo ini kelihatan sangat biasa. Namun secara falsafah, penggalian makna tersembunyi yang terdapat di dalamnya mempersembahkan nilai sufistik yang sangat tinggi dan mendalam terhadap penghayatan ketuhanan. Penerokaannya dapat dilihat dari Empat (4) ciri utama iaitu :
  1. Segi Empat (4) Sama
  2. Huruf LAM ALIF
  3. Warna
  4. Huruf ALIF

1) SEGI EMPAT (4) SAMA :
Membawa maksud
Martabat Empat (4) iaitu :
  • SYARI'AT
  • THARIQAT
  • HAKIKAT
  • MA'RIFAT
Posisi martabat empat (4) adalah posisi terpenting dalam mengetengahkan sudut penghayatan dalam beragama secara sempurna. Ia merupakan tulang belakang dalam pengkajian ilmu tasawwuf agar piawaian penelitiannya tetap teratur atas lantasan Islam yang sebenar. Demikian keadaannya penghayatan yang dihidupkan dalam Maenpo Jubah Putih agar setiap ikhwan dapat menjadi pengamal yang sempurna dari sisi hidup beragama.

2) HURUF LAM ALIF
Terdapat Empat (4) Huruf Lam Alif yang saling bersambungan pada setiap sesiku Segi Empat (4) Sama. Secara sufistik ia membawa makna Empat (4) MAQAM FANA' iaitu:
  • FANA' fi AF'AL ALLAH
  • FANA' fi ASMA' ALLAH
  • FANA' fi SIFAT ALLAH
  • FANA' fi ZAT ALLAH

3) WARNA :

Terdapat
Lima (5) Warna utama yang di ketengahkan di dalam logo di atas dengan literatur Empat (4) Warna yang disusun secara hierarki menaik. Kelima-lima warna berkenaan hakikatnya mewakili ALAM AMAR sebagaimana yang terdapat di dalam Sistem Sains Kesufian (Sufistic Science System) yang di kenali sebagai LATHAIF iaitu wadah kehalusan yang menjadi sumber limpahan Ilahiyah. Kelima-lima posisi ini bertepatan dengan fungsinya di dalam reaktor ALAM AMAR sebagai Perisian Kejuruteraan Kerohanian Manusia (Human Software Spiritual Engineering) yang mentadbir ALAM KHALQ melalui manifestasi empat (4) elemen mekanikal fitrah insani iaitu Physical Quotient (PQ), Intelectual Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ).
  • KUNING :
Warna Kuning merupakan Maqam Pertama (1) dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia mewakili Lathifah al-Qalb.

  • MERAH :
Warna Merah merupakan Maqam Kedua (2) dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia mewakili Lathifah ar-Ruh.
  • PUTIH :
Warna Putih merupakan Maqam Ketiga (3) dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia mewakili Lathifah as-Sirri.
  • HITAM :
Warna Hitam merupakan Maqam Keempat (4) dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia mewakili Lathifah al-Khafi.

  • HIJAU
Warna hijau tidak mewakili sebarang Maqam dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih namun penzahirannya terdapat di dalam Jami'atul 'Ubudiyah (EXTRO) itu sendiri. Dengan ciri yang tersembunyi, ia menjadi tunjang terhadap pembentukan riyadhah yang dijalankan di dalam Maenpo Jubah Putih melalui manifestasi simbol Huruf ALIF yang mewakili Lathifah al-Akhfa.

4) HURUF ALIF :
Jika
Huruf LAM ALIF membawa gambaran maksud Maqam Fana', maka Huruf ALIF pula membawa maksud natijah daripada Maqam yang terdapat di dalam Huruf LAM ALIF berkenaan iaitu MAQAM BAQA'. Itulah simbol bagi MAHKOTA TAUHID.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
free counters